Kapal persiaran Regatta yang membawa 620 penumpang telah melabuh di sini pada subuh Ahad.
Ini merupakan pelayaran julung kali kapal persiaran itu ke bandar Xiamen, sekali gus membawa satu rombongan pelancong yang kebanyakan ahlinya merupakan warga Amerika Syarikat dan Kanada yang terbesar yang diterima pelabuhan Xiamen sejak tahun ini.
Para pengembara asing ketika turun dari kapal persiaran dan berjalan melalui jabatan imigresen China di pos Gaoqi, terkagum dengan suasana sambutan Pesta Duanwu dan berasa “amazing” melihat pelbagai hiasan berunsurkan kebudayaan tradisional. Mereka turut diberi pendedahan tentang perayaan pesta Duanwu dan mendapat pelbagai cenderhati yang berbentuk uncang wangi dan gelang buatan tali berwarna-warni.
Dimaklumkan, lebih 95 peratus penumpang yang turun dari kapal persiaran Regatta datang dari 23 negara.
Setelah mengembara di Xiamen selama sehari, rombongan tersebut akan meneruskan pelayaran mereka dengan menuju ke Hong Kong.
Dilaporkan lagi bahawa pada tahun ini, kapal persiaran antarabangsa yang bernama Westerdan juga akan tiba di Xiamen yang selama ini sudah dijadikan satu jendera untuk menunjukkan kebudayaan China yang cemerlang.
Sementara itu, terdapat juga 27 pelayaran kapal persiaran yang berlepas dari pelabuhan Xiamen belayar ke pelbagai negara seperti Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Vietnam.
Untuk rekod, China terus menambahkan nama negara asing dalam senarainya tentang layanan bebas visa, misalnya pemegang pasport biasa dari Brazil, Argentina, Chile, Peru, Uruguay ditawarkan layanan bebas visa pada tempoh 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2026.
Langkah bebas visa dipercayai berkesan dalam membantu China memikatpelancong asing, terbukti dengan pertambahan berterusan jumlah pengembara asing di negara Tembok Besar ini.
Tinggalkan Balasan