‘Semangat China-Asia Tengah’ Perlu Terus Disemarakkan: Xi

Sidang Kemuncak China-Asia Tengah edisi kedua berlangsung di Istana Kemerdekaan di Astana pada Selasa.

Presiden China Xi Jinping mengambil gambar bersama pemimpin lima negara Asia Tengah sebelum penganjuran sidang kemuncak tersebut.

Ketika menyampaikan ucaptama pada sidang kemuncak itu, Xi berkata enam negara telah membina  ‘Semangat China-Asia Tengah’ yang menonjolkan ciri-ciri saling hormat, saling percaya, saling untung dan saling membantu serta usaha sama ke arah modenisasi melalui pembangunan berkualiti tinggi.

‘Semangat China-Asia Tengah’ menjadi pedoman penting bagi negara terbabit untuk meneruskan jalinan persahabatan dan kerjasama secara terun-temurun, kata beliau sambil menegaskan bahawa semangat itu perlu terus disemarakkan.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda