Sesi Dialog di Beijing Fokuskan Tadbir Urus Global, Kemakmur Asia Pasifik

Pada saat menjelang Presiden China, Xi Jinping bertolak ke Gyeongju, Korea Selatan untuk menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC Ke-32 dan mengadakan lawatan rasmi di negara itu, Sesi Dialog “Tadbir Urus Global dan Kemakmuran Bersama Asia Pasifik” anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG), Universiti Yonsei dan Stesen Televisyen YTN  Korea Selatan telah diadakan di sini baru-baru ini.

Presiden CMG, Shen Haixiong melalui satu ucapan video berkata, Sidang Pleno keempat Jawatankuasa Pusat penggal ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang menutup tirainya di Beijing tidak lama dahulu, telah menggariskan hala ruju pembangunan domestik yang berkualiti untuk tempoh lima tahun akan datang, yang dipercayai akan menyediakan lebih banyak peluang untuk pembangunan lestari dan kemakmuran bersama di rantau Asia Pasifik. 

CMG bersedia bersama-sama dengan rakan serantau, memperdalam kerjasama, membina naratif tentang kolaborasi, menambah elemen baharu ke dalam pertukaran sosiobudaya dan memajukan dialog, sekali gus menyumbangkan kebijaksanaan dan kekuatan masing-masing bagi menambahbaik tadbir urus global. 

Ketua Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT), Ren Hongbin berkata, pihaknya bersedia bersama dengan kalangan industri dan perniagaan, melaksanakan Visi APEC Butlagaya 2040 secara menyeluruh, mendorong pembentukan komuniti Asia Pasifik yang terbuka, dinamik, kuat dan damai, dan menyuntik tenaga positif kepada kemakmuran serantau. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, peraturan, kepercayaan dan keterangkuman adalah prasyarat untuk mencapai kemakmuran bersama, bertepatan dengan “tadbir urus global dan kemakmuran bersama Asia Pasifik” yang diangkat sebagai tema sesi dialog tersebut.

“Di bawah tata tertib yang adil dan rasional, semua negara baik yang kuasa besar mahupun kuasa kecil boleh bertindak meraikan pendapat berbeza dan menyelesaikan pertelagahan secara damai, sama rata dan saling menghormati,” tambah beliau.

Sementara itu, keputusan tinjauan pendapat umum global “Kemakmuran Asia Pasifik, Kekuatan China” tajaan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) juga disiarkan pada acara itu. 

Dimaklumkan, 83.3 peratus responden memberi penilaian positif tentang peranan APEC sebagai platform kerjasama ekonomi penting di rantau Asia Pasifik, dan 83.4 peratus responden menghargai peranan dan sumbangan China dalam memajukan proses pembangunan lestari APEC.