Sidang ke-4 NPC ke-14 Buka Tirai, PM Li Bentang Laporan Kerja

Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14 dirasmikan di Dewan Besar Rakyat di Beijing hari ini.

Presiden China, Xi Jinping bersama-sama pemimpin negara dan parti menghadiri majlis pembukaan tersebut.

Perdana Menteri China, Li Qiang membentangkan laporan kerja kerajaan kepada para wakil yang hadir.

Menurut laporan itu, tahun 2025 merupakan tahun yang penuh cabaran.

Walau bagaimanapun Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) berjaya diadakan dan telah merangka pelan pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Pada tahun 2025, negara ini mengadakan majlis memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia, serta menetapkan 25 Oktober sebagai Hari Memperingati PengembalianTaiwan.”

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa sasaran utama pembangunan ekonomi dan sosial sepanjang tahun lalu berjaya dicapai, menandakan penutupan yang berjaya bagi Rancangan Lima Tahun ke-14, sekali gus menunjukkan kemajuan kukuh ke arah modenisasi ala China.