Sidang pleno kelima Suruhanjaya Pusat bagi Pemeriksaan Disiplin (CCDI) ke-20 Parti Komuknis China (PKC) diadakan di Beijing pada 12 hingga 14 Januari, dan mengeluarkan pengumuman.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Presiden China, dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping menghadiri sidang pleno tersebut dan menyampaikan ucapan.
Tahun 2026 ialah tahun pertama dalam pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15 dan juga ulang tahun ke-105 penubuhan Parti Komunis China (PKC).
Sidang itu menyeru agar semua pihak bersatu di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat Parti yang berteraskan Xi Jinping, mendorong pembangunan berkualiti tinggi kerja pemeriksaan dan penyeliaan disiplin pada era baharu, demi memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pembinaan negara kuat dan kebangkitan nusa dan bangsa China melalui modenisasi ala China.













Tinggalkan Balasan