Simposium Mengenai Buku Xi Memimpin Perang Membasmi Kemiskinan Diadakan di Beijing

Simposium mengenai buku “Setiausaha Agung, Xi Jinping Memimpin Perang Membasmi Kemiskinan” diadakan di Beijing pada Khamis.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC Li Shulei, dan Presiden Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat PKC (Akademi Pentadbiran Nasional), Chen Xi menghadiri simposium itu dan menyampaikan ucapan.

Para peserta berpendapat bahwaa buku tersebut memberi tafsiran tentang strategi negara melalui cerita-cerita terperinci, menggambarkan secara jelas sejarah rakyat pelbagai kaum China dipimpin oleh Parti yang berteraskan Setiausaha Agung Xi Jinping dalam usaha memerangi kemiskinan secara bersasaran dan memperoleh pencapaian signifikan dalam sejarah.