Pada 10 Februari waktu tempatan, siri jerayawara “Prelud Malam Gala Tahun Baru Cina (TBC) 2026” telah diadakan di Moscow, Rusia.
Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong telah menyampaikan ucapan melalui video.
Menurut Shen, Malam Gala TBC 2026 yang bertemakan “Galloping Steed, Onward Unstoppable” itu akan menyajikan persembahan kesenian dan kebudayaan yang mengujakan di peringkat global, dengan memanfaatkan teknologi “5G+4K/8K+AI” serta penyiaran dalam 85 jenis bahasa.
Wakil khas Presiden Rusia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Persahabatan, Keamanan dan Pembangunan Rusia-China, Boris Titov pula berkata, kebudayaan Rusia semakin mendapat perhatian di China sejak kebelakangan ini, dan TBC juga menjadi perayaan yang disambut oleh ramai rakyat Rusia. Beliau berharap Malam Gala TBC arahan CMG menjadi semakin inovatif dan wujud sebagai satu platform yang boleh terus membawa program yang menarik kepada berbilion-bilion penonton di seluruh dunia.
Yang tersedia dalam siri jerayawara itu termasuk pameran dan pertunjukan tentang produk kreatif CMG, dan adat resam TBC seperti kaligrafi kuplet, seni gunting kertas, seni lukisan buatan gula dan pakaian tradisional.












Tinggalkan Balasan