Siri Jerayawara “Prelud Malam Gala TBC 2026” untuk PBB Diadakan di New York

Siri jerayawara “Prelud Malam Gala Tahun Baru China (TBC) 2026, Penyiaran di Peringkat Global” anjuran Kumpulan Media China (CMG) untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah diadakan di sini Pada Jumaat, waktu tempatan, diserikan dengan ucapan video dari Presiden CMG, Shen Haixiong dan Naib Setiausaha Agung PBB bagi Komunikasi Global, Melissa Fleming.

Shen Haixiong berkata, Malam Gala TBC anjuran CMG pernah berjaya diadakan sebanyak 43 edisi secara berturut-turut, dan edisi ke-44 untuk tahun ini yang bertemakan “Galloping Steed, Onward Unstoppable” akan dijadikan satu temasya kebudayaan dalam suasana ceria dan bahagia, dengan siaran langsung di peringkat global disokong oleh teknologi inovatif “5G+4K/8K+AI” dan penggunaan 85 jenis bahasa.

Melissa Fleming berkata, sambutan TBC 2026 yang dilambangkan dengan ‘tahun kuda’, boleh membawa harapan baik kerana kuda sinonim dengan kedinamikan, ketabahan dan kemajuan. Semangat yang disemarakkan pada ‘tahun kuda’ akan membantu dunia meningkatkan keyakinan dan kekuatan, malah kondusif bagi perjuangan bersama demi nilai universal dan masa hadapan yang lebih damai, stabil, bermaruah, inklusif, terbuka, toleran dan makmur.

Sementara itu, aktiviti komponen “Masa Depan yang Lebih Baik untuk Umat Manusia” 2026 juga dilancarkan, dengan tujuannya untuk mengumpulkan karya filem dan drama televisyen kecerdasan buatan (AI) dalam senario global. 

Turut hadir, kira-kira 300 tetamu termasuk utusan dari sebahagian negara ke PBB, wakil agensi PBB, dan tokoh budaya, ekonomi dan media dari China dan Amerika Syarikat (AS).