Siri jerayawara”Prelud Malam Gala TBC 2026″ untuk Mesir Diadakan di Kaherah

Siri jerayawara untuk “Prelud Malam Gala Tahun Baru China (TBC) 2026, Penyiaran di Peringkat Global” anjuran Kumpulan Media China (CMG) untuk Mesir telah diadakan di Kaherah pada Jumaat, waktu tempatan.

Dalam ucapan melalui pautan video, Presiden CMG, Shen Haixiong berkata, TBC dirayakan sebagai cuti umum di hampir 20 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan perayaan dalam pelbagai bentuk itu membabitkan kira-kira satu perlima keseluruhan populasi di dunia ini. 

Pihaknya sudah bersiap akan menyajikan malam gala edisi tahun ini yang bertema “Galloping Steed, Onward Unstoppable”, yang disokong teknologi inovatif “5G+4K/8K+AI”, dan penggunaan 85 jenis bahasa dalam siaran langsung di peringkat global. Biarkan kita merasai kemeriahan, kesejahteraan, dan kegembiraan yang dibawa temasya budaya itu, sekaligus menyambut bersama-sama musim bunga yang semakin hangat dan penuh dengan harapan.

Para tetamu bersepakat bahawa jerayawara yang sudah berakhir itu dipercayai akan membantu menggalakkan pertukaran budaya dan peningkatan kebersamaan di kalangan rakyat kedua-dua negara, melalui platform Malam Gala TBC, pencitraan “kuda”, dan penggambaran kedua-dua peradaban bersejarah terhadap kekuatan hidup, semangat perjuangan dan kepercayaan luhur.