Skala Komputasi China Duduki Nombor Kedua di Dunia

China menduduki tempat kedua di dunia dari segi skala komputasi, manakala prasarana digital pula berada di barisan terdepan dari segi skala, teknologi dan sebagainya.

Demikian menurut maklumat yang diumumkan Pejabat Penerangan Dewan Negara China dalam sidang taklimat mengenai rancangan pembangunan bermutu tinggi semasa pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-14, yang diadakan di Beijing pada Khamis.

Pada masa ini, lebih 10,000 kilang kecerdasan telah dibina di seluruh negara, meliputi lebih 80 peratus kategori utama industri pembuatan.