Surat Pekeliling No. 1 MPP Dikeluarkan, Fokus Pemodenan Pertanian dan Luar Bandar

Surat Pekeliling No.1 Majli Pimpinan Pusat (MPP) China bagi tahun 2026 diedarkan pada Selasa, sekaligus merupakan surat pekeliling yang pertama dalam tempoh Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15.

Surat pekeliling tersebut merupakan hasil pandangan MPP China bagi pemodenan pertanian dan kawasan luar bandar serta usaha pembangunan komprehensif luar bandar.

Surat pekeliling tersebut menetapkan bahawa pemodenan pertanian dan kawasan luar bandar perlu dijadikan teras utama, dengan kebangkitan menyeluruh kawasan luar bandar sebagai pegangan asas dalam usaha pembangunan.

Selain itu surat pekeliling tersebut turut menggariskan keperluan untuk terus meningkatkan tahap pembangunan industri luar bandar, pembinaan desa serta tadbir urus luar bandar, dengan matlamat membangunkan pertanian sebagai industri moden berskala besar.

Usaha juga akan dipertingkatkan bagi memastikan kawasan luar bandar secara asasnya memiliki syarat kehidupan moden, meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup petani serta menjadikan kehidupan masyarakat luar bandar lebih makmur dan sejahtera.