“Ada orang bertanya, apakah risikonya buat syarikat Jerman untuk melabur di China? Jawapan senang sahaja, iaitu risiko yang lebih besar adalah tidak melabur di China.”
Demikian pandangan mantan Naib Speaker Parlimen Jerman Dr. Hans-Peter Friedrich ketika ditemu bual pada Forum Kerjasama dan Pembangunan Perindustrian China-Jerman, yang juga dikenali sebagai China-Germany (China-Europe) Hidden Champions Forum 2025 yang diadakan di daerah Shunyi, Beijing baru-baru ini.
Kebanyakan ketua syarikat Eropah yang menyertai forum itu menyatakan bahawa sekiranya hilang pasaran China, ia bermakna mereka akan kehilangan “tapak” penting untuk menjalankan urus niaga di pentas dunia.
Apa itu syarikat “hidden champion”? “Hidden” bermakna syarikat-syarikat itu kurang dikenali oleh orang awam, manakala “champion” bermakna syarikat terbabit menduduki tangga teratas di dunia dalam sektor atau kategori berkaitan.
Menurut statistik, terdapat 2,734 syarikat “hidden champion” di dunia dan kebanyakannya di Eropah, antaranya 1,307 adalah dari Jerman.
Pada tahun lalu, sidang kemuncak syarikat “hidden champion” buat kali pertama diadakan di luar Jerman, iaitu di China. Ini memperlihatkan keyakinan firma-firma tersebut terhadap pasaran China.
Bagi forum edisi tahun ini pula, jumlah wakil dari luar negara meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu. China menjadi senario aplikasi terbaik bagi revolusi sains dan teknologi serta transformasi industri fasa baharu.
Syarikat “hidden champion” melebarkan sayap di pasaran China juga menandakan peningkatan kerjasama antara China dengan Eropah.
Tinggalkan Balasan