Syarikat Jerman Papar Hasrat Perluas Pelaburan di China

Syarikat Jerman yang bertapak di China masing-masing menyatakan hasrat untuk terus mengembangkan sayap perniagaan di negara Tembok Besar.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Jerman di Utara China, Oliver Oehme berkata Cansleor Friedrich Merz baru-baru ini melawat China dengan mengetuai delegasi perniagaan berskala besar, sekali gus memberi isyarat positif kepada ekosistem perniagaan dua negara.

Menurut beliau, kerjasama perniagaan China-Jerman pada masa hadapan akan dipacu oleh teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI), automasi teknologi robotik dan pembuatan pintar.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengurusan BMW AG, Oliver Zipse menyatakan bahawa lawatan Merz ke China kali ini memperlihatkan komitmen Jerman untuk menjalankan dialog dan kerjasama dengan China demi situasi sama menang.

China merupakan pasaran automobil terbesar dunia dan juga antara penggerak inovasi teknologi yang paling penting dalam industri berkenaan, ujar beliau.