Majlis perasmian “Tahun Pertukaran Sosiobudaya China-Afrika” 2026 telah diadakan di ibu pejabat Kesatuan Afrika (AU) di Addis Ababa, ibu negara Ethiopia pada Khamis, waktu setempat.
Menteri Luar China, Wang Yi telah membaca surat tahniah dari Presiden Xi Jinping dan menyampaikan ucap utama.
Wang menyatakan, China dan Afrika seharusnya menumpu pada pembangunan, mendukung modernisasi, menjadikan pasaran besar China peluang besar Afrika; menyuburkan silaturahim dengan berpaksikan rakyat; saling belajar antara tamadun berlainan, mengeratkan pertukaran tentang tadbir urus negara; mempertahankan keterbukaan dan keinklusifan, dan sebagai rakan baik yang berkongsi nasib menyumbang kepada kemajuan peradaban manusia.
Pelbagai pemimpin dari pihak Afrika menyatakan, mereka bersedia memperdalam kerjasama bilateral dalam kerangka Forum Kerjasama Afrika-China dan Inisiatif Jalur dan Laluan demi mencapai pembangunan bersama.
Sementara itu, Afrika menyokong Inisiatif Tadbir Urus Global yang dikemukakan Presiden Xi Jinping, memperkukuh perpaduan, memelihara tata tertib antarabangsa, dan membela kedamaian dunia.
Turut hadir, lebih 200 wakil dari pelbagai kalangan masyarakat Afrika.













Tinggalkan Balasan