Aktiviti Tayangan Filem dan Program TV Terpilih Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan di Phnom Penh, ibu negara Kemboja pada hari Ahad.
Sebanyak tujuh program terpilih CMG seperti ‘Xi Jinping Cares About Chinese Cultural Treasures’, ‘China: Race to the Future’ akan disiarkan menerusi media arus perdana di kemboja, bertepatan dengan lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping di negara itu bermula hari ini.
Presiden CMG Shen Haixiong, Ketua Pengarah Televisyen Kebangsaan Kemboja (TVK) Khim Vuthy, dan Pengarah Apsara TV Kemboja, Khvay Atitya masing-masing menyampaikan ucapan menerusi pautan video pada aktiviti itu.
Shen yang juga merupakan Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), menyifatkan aktiviti tayangan anjuran bersama CMG dan media Kemboja kali ini sebagai langkah proaktif untuk meningkatkan pertukaran antara China dan Kemboja dalam bidang sosiobudaya dan membantu rakyat kedua-dua negara saling mengenali hati dan budi.
“CMG bersedia mengambil peluang daripada aktiviti kali ini untuk menjalankan kerjasama yang meluas dengan media Kemboja, dan memperdalam pertukaran antara China dan Kemboja dalam bidang kebudayaan, bagi menyumbang kepada pengukuhan persahabatan antara kedua-dua negara, pembinaan komuniti berkongsi nasib dalam era baharu, malah keamanan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan global,” kata Shen.
Khim Vuthy pula menyifatkan tayangan tujuh filem dan siri TV terpilih CMG sebagai peluang berharga bagi penonton Kemboja untuk mendapatkan persepsi yang lebih mendalam tentang perkembangan kontemporari di China dan dengan lebih intuitif merasai daya tarikan kebudayaan China yang unik dan mempesona.
Tinggalkan Balasan