Filem IMAX pertama bertemakan haiwan zodiak China, “Horse Power” telah ditayangkan perdana di Muzium Sains dan Teknologi Shanghai pada Jumaat.
Filem terbabit diterbitkan bersama oleh Kumpulan Media China, Muzium Sains dan Teknologi Shanghai, Penerbit Remaja Xinjiang, Syarikat Budaya Puxingda Guangdong, dan syarikat Media Budaya Filem dan Televisyen Haiwan Zodiak Abad ke-20.
Dengan adanya sokongan dari kumpulan karyawan dokumentari terkemuka di dunia, filem “Horse Power” yang menceritakan kisah kuda-kuda di negara-negara yang berbeza ini, dipercayai akan memberi pengalaman yang mengujakan kepada penonton di peringkat global.
Dimaklumkan lagi, tayangan perdana filem ini di benua Amerika akan diadakan di Muzium Sains dan Sejarah Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat.













Tinggalkan Balasan