Tayangan Perdana Filem ‘Red Silk’ Kerjasama China-Rusia Diadakan di Beijing 

Tayangan perdana filem kerjasama China-Rusia, ‘Red Silk’ telah diadakan di China Film International Cinema di Beijing pada Khamis.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis tayangan tersebut termasuk Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong, Naib Pengarah Jabatan Filem, Mao Yu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Kebangsaan Rusia, Alina Kabaeva dan Duta Besar Rusia ke China, Igor Morgulov.

“Red Silk” memaparkan kekukuhan kerjasama antara rakyat di kedua-dua negara sejak 76 tahun terjalinnya hubungan diplomatik.

Sebagai medium silang bahasa dan budaya, filem memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan emosi dan memelihara ingatan sejarah antara kedua-dua negara.

Untuk rekod, “Festival Filem Rusia 2025” juga diadakan serentak di Beijing, Xining dan Lanzhou sebagai sebahagian daripada projek kerjasama di bawah Tahun Budaya China-Rusia 2024-2025

Filem ini juga ditayangkan di panggung wayang China pada September, bersempena ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Diadaptasi daripada fakta sejarah, filem itu menceritakan kisah yang berlaku pada 1927 apabila revolusioner China dan Soviet berjuang bersama untuk menjayakan misi menghantar dokumen sulit yang penting.

Kumpulan Media China (CMG) dan Jabatan Pentadbiran Filem China (CFA) akan bersama-sama menganjurkan acara promosi filem itu di Moscow.

Terdahulu, ‘Red Silk’ telah ditayangkan di pawagam Rusia pada Februari.