Tiada Tarikh Akhir Penyediaan Memorandum Dengan Kyiv – Kremlin

SOCHI (Rusia), 20 Mei — Tiada tarikh akhir ditetapkan bagi penyediaan memorandum antara Rusia dan Ukraine, lapor Agensi Berita Rusia TASS memetik jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

Peskov memberitahu wartawan bahawa kedua-dua pihak akan saling bertukar draf dan berusaha merangka teks bersama.

“Tiada tarikh akhir dan tidak sepatutnya ada. Apa yang jelas, semua pihak mahu ia diselesaikan secepat mungkin,” kata jurucakap Kremlin itu.

Beliau berkata, Rusia mahupun Ukraine akan menyediakan draf masing-masing.

“Kedua-dua pihak akan saling bertukar cadangan. Kemudian, mereka akan menjalani proses komunikasi yang kompleks bagi menghasilkan satu teks yang dipersetujui bersama,” kata jurucakap Presiden Rusia itu.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda