Tiga Buku Xi Jinping Diterbitkan di Hong Kong

Tiga karya penting Presiden Xi Jinping iaitu “On Education”, “Outline for Studying Xi Jinping Thought on Culture” dan “Xi Jinping among the People: Moments in Focus” versi tulisan tradisional Cina telah diterbitkan oleh Sino United Publishing (Holdings) Limited yang berpangkalan di Hong Kong. 

Majlis pelancaran buku-buku tersebut diadakan pada Rabu iaitu hari pertama berlangsungnya Pameran Buku Hong Kong.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, John Lee telah menghadiri majlis tersebut.

Ketiga-tiga buku tersebut kini boleh didapati di kedai-kedai buku utama di Hong Kong dan Macau.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda