Treler filem dokumentari ‘Shenzhou-13’ ditayangkan sempena majlis resepsi anjuran Kedutaan Besar China di Amerika Syarikat (AS) bagi meraikan ulang tahun ke-76 penubuhan Republik Rakyat China.
Diterbitkan oleh Kumpulan Media China (CMG), ‘Shenzhou-13’ merupakan filem dokumentari pertama yang dihasilkan menggunakan teknologi paparan definisi ultra tinggi 8K, berasaskan penggambaran dibuat tiga orang angkasawan China.
Filem dokumentari itu mengetengahkan cerita kru Shenzhou-13 iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu yang bertugas di stesen angkasa lepas selama enam bulan.













Tinggalkan Balasan