Treler filem dokumentari ‘Shenzhou-13’ ditayangkan sempena Kongres Astronautik Antarabangsa ke-76 (IAC 2025) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Sydney di Australia.
Diterbitkan oleh Kumpulan Media China (CMG), ‘Shenzhou-13’ merupakan filem dokumentari pertama yang dihasilkan menggunakan teknologi paparan definisi ultra tinggi 8K, berasaskan penggambaran dibuat tiga orang angkasawan China.
Filem dokumentari itu mengetengahkan cerita kru Shenzhou-13 iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu yang bertugas di stesen angkasa lepas selama enam bulan.
Bakal Presiden Persekutuan Astronautik Antarabangsa (IAF) Gabriella Arrigo berkata filem berkenaan mempunyai makna yang besar kerana ia mempamerkan bidang angkasa dari pelbagai dimensi sekali gus memberikan pendedahan kepada orang ramai khususnya golongan muda.
Beliau turut menyatakan industri angkasa lepas China telah menjadi penanda aras bagi banyak negara di dunia.
Gabriella yakin bahawa negara Tembok Besar dapat terus melakar kemajuan signifikan dalam bidang berkenaan.
IAC selama lima hari yang bermula Isnin itu menghimpunkan seramai 8,000 peserta antaranya angkasawan, ahli sains, jurutera dan peneraju industri angkasa.













Tinggalkan Balasan