“Dialog Datuk Bandar Dunia” telah membuka tirai di Nanjing pada Rabu.
Datuk Bandar Nanjing, Li Zhongjun berharap agar pelbagai bandar di seluruh dunia berganding bahu menyerlahkan peranan sebagai penjaga warisan budaya yang bersejarah, pengamal pembangunan hijau dan peneroka dalam pembinaan bandar pintar.
Datuk bandar dan perwakilan dari 10 buah negara termasuk China selaku negara tuan rumah, Brunei Darussalam, Mesir, Jerman dan Itali, telah berkongsi pengalaman tadbir urus bandar di negara masing-masing, dan melakukan pembincangan tentang trend pembangunan bandar dengan memberi keutamaan kepada pendekatan bagi memacu pembangunan mampan di kawasan bandar tebing sungai di persada dunia.
Praktik dan pengalaman Nanjing dalam pembinaan bandar tebing sungai telah ditonjolkan dalam aktiviti yang bertemakan “Bersama Memupuk Peradaban di Tebing Sungai Yangtze” itu, yang terdiri daripada acara kunjungan dan dialog bertema. Ia juga dilihat sebagai pakej penyelesaian yang bercirikan China dan rujukan bagi pelbagai negara mewujudkan pembangunan mampan di kawasan bandar tebing sungai.
Setelah mengunjungi satu tapak peranginan di tembok kota yang bersejarah 600 tahun di bandar Nanjing, Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Melaka Malaysia, Datuk Gan Tian Loo berkata, Nanjing yang kaya dengan tinggalan sejarah beserta suasana kebudayaan dan kesenian moden yang menebal, sudah muncul dalam senarai pilihan pelancong Malaysia yang berpotensi, khususnya di kalangan anak muda.
Pihaknya berharap mengukuhkan kerjasama dengan Nanjing dalam bidang kebudayaan dan pelancongan, serta perdagangan dan pendidikan.













Tinggalkan Balasan