NEW YORK, 3 Julai — Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu menggesa Pengerusi Rizab Persekutuan (Federal Reserve) Jerome Powell agar “meletak jawatan serta-merta,” lapor Xinhua.
Dalam satu hantaran di platform media sosial miliknya, Truth Social, Trump merujuk kepada sebuah artikel berhubung kenyataan Ketua Agensi Pembiayaan Perumahan Persekutuan Bill Pulte yang menyeru Kongres supaya menyiasat Powell atas dakwaan bersikap berat sebelah secara politik dan menipu Senat.
Trump sebelum ini beberapa kali mengkritik Powell secara terbuka kerana enggan menurunkan kadar faedah, malah pernah mengancam untuk memecat beliau sebelum tamat penggal perkhidmatannya tahun depan.
Tinggalkan Balasan