Trump Namakan Nick Adams Sebagai Duta Amerika Syarikat Ke Malaysia – Laporan

ISTANBUL, 11 Julai — Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis mencalonkan Nick Adams, seorang pengulas politik konservatif kelahiran Australia yang kini warganegara AS sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Nick ialah seorang nasionalis yang luar biasa dan usahawan Berjaya. Cintanya dan pengabdiannya kepada “negara kita yang hebat” adalah satu inspirasi. Beliau juga penulis buku terlaris, penceramah dan pengulas terkenal,” kata Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

Adams merupakan penyokong tegar Trump dan aktif berkempen untuknya dalam pilihan raya presiden 2024.

Jika dilantik, beliau akan menggantikan Edgard Kagan, seorang diplomat profesional yang dicalonkan untuk jawatan itu oleh Presiden Joe Biden pada Mei 2023.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda