Trump Umum Tarif 50 Peratus Ke Atas Kabinet Dapur, Set Bilik Air Bermula 1 Okt

WASHINGTON, 26 Sept — Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan tarif 50 peratus ke atas kabinet dapur, set bilik air dan produk berkaitan berkuat kuasa 1 Okt, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami akan mengenakan tarif 50 peratus ke atas semua kabinet dapur, set bilik air dan produk berkaitan bermula 1 Okt 2025.

“Selain itu, kami juga akan mengenakan tarif 30 peratus ke atas perabot upholsteri.

“Ini kerana berlaku ‘LAMBAKAN’ besar-besaran produk ini ke Amerika Syarikat oleh negara luar.

“Ia adalah amalan yang sangat tidak adil bagi proses pembuatan kami, tetapi kami mesti melindungi, atas sebab keselamatan negara dan lain-lain,” tulis Trump di platform Truth Social.