Tujuh Gabungan Persatuan Akhbar Arus Perdana Bersama Mempromosi Gala Malam TBC 2026

Pada saat menjelang Tahun Baharu Cina (TBC) 2026, Global Video News Agency di bawah Kumpulan Meida China (CMG) bekerjasama dengan tujuh gabungan persatuan akhbar arus perdana di dunia, iaitu Asia-Pacific Broadcasting Union(ABU), African Union of Broadcasting (AUB), Latin America News Agency (LANA),,The Arab States Broadcasting Union (ASBU), European News Exchange Network (ENEX), Islamic Broadcasting Union dan Caribbean Broadcasting Union untuk mempromosi Malam Gala TBC 2026 yang akan disiarkan di peringkat global.

Program malam gembira ini akan disiarkan melalui lebih 400 organisasi media yang dikendalikan tujuh gabungan tersebut di 181 negara dan wilayah, dan boleh dikatakan jangkauannya meluas sedangkan keberkesanannya tinggi.

Untuk perincian, ABU telah menyiarkan secara intensif klip promo Malam Gala TBC 2026, klip video tentang raptai program terbabit yang sudah berlangsung berkali-kali, dan logo utama malam gembira itu menerusi laman web rasminya, serta menjemput penonton di rantau Asia-Pasifik untuk berkongsi temasya budaya yang penuh dengan suasana hari perayaan tradisional China  sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Dalam pada itu, AUB, LANA, ASBU, ENEX pula masing-masing telah membuka ruangan khas untuk malam gembira tersebut di laman web rasmi mereka, dengan menyiarkan klip promo tentang Malam Gala TBC 2026, rakaman raptai dan keadaan latihan berkenaan.