ANKARA, 4 Mac — Turkiye menyatakan kesediaannya untuk membantu pemulihan gencatan senjata antara Pakistan dan Afghanistan, kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Erdogan mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif. Semasa perbualan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dwitara, serta isu serantau dan global.
“Mengutuk serangan pengganas yang dilaksanakan di Pakistan, Presiden Erdogan berkata Turkiye akan terus berdiri bersama Pakistan dalam perjuangan antipengganasnya, dan bahawa Turkiye juga akan membantu pemulihan gencatan senjata antara Pakistan dan Afghanistan yang dicapai melalui inisiatif Turkiye,” kata pejabat pemimpin Turkiye itu dalam platform media sosial X.











Tinggalkan Balasan