Ujian Pelepasan Kastam 24 Jam di Pintu Sempadan Irkeshtam Bermula

Ujian untuk proses pelepasan kastam 24 jam sehari di pintu sempadan Irkeshtam, Xinjiang dimulakan pada Ahad, sekali gus menandakan pembukaan pelabuhan darat 24 jam yang pertama di China untuk Kyrgyzstan.

Irkeshtam yang terletak di daerah Wuqia, Xinjiang bersempadan dengan Kyrgyzstan dan merupakan pintu sempadan darat paling barat di China. 

Antara barangan yang dieksport dari China melalui pintu Irkeshtam termasuk barang kegunaan seharian, kenderaan dan komponen, mesin dan peralatan, serta lain-lain. Sementara itu, barangan import terutamanya terdiri daripada hasil pertanian, arang batu dan sebagainya.

Menurut statistik Stesen Pemeriksaan Sempadan Irkeshtam, pihaknya telah memeriksa sebanyak 105,800 individu dan 98,500 buah kenderaan yang keluar masuk sejak awal tahun ini, masing-masing menyaksikan peningkating sebanyak 80 peratus dan 79 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Untuk rekod, ujian proses pelepasan kastam 24 jam sehari di pintu Irkeshtam akan dilaksanakan selama enam bulan.