NEW YORK, 15 Jan — Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan bahawa keluarga yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza berdepan kesukaran untuk mendapatkan air minuman bersih, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dalam satu kenyataan, UNRWA menjelaskan di laman sesawang rasminya pada Rabu bahawa di tempat perlindungan yang penuh sesak, ramai penduduk bergantung sepenuhnya kepada bekalan air yang dihantar oleh agensi itu menggunakan trak selain terpaksa mencatu setiap titisan air untuk tujuan minum, memasak dan kegunaan kebersihan diri.
UNRWA menegaskan bahawa akses kepada air kekal penting untuk terus hidup.














Tinggalkan Balasan