Utusan Khas China Pergiat Diplomasi Ulang-alik di Asia Barat: MFA

Utusan khas China bagi isu Asia Barat mempergiat diplomasi ulang-alik di rantau berkenaan, menurut Kementerian Luar (MFA).

Jurucakapnya, Guo Jiakun berkata China selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) serta rakan kepada negara-negara Asia Barat, terus komited terhadap usaha memulihkan keamanan dan mempertahankan keadilan.

Beliau menegaskan bahawa Beijing akan mengukuhkan komunikasi dengan pihak-pihak terlibat serta terus memainkan peranan konstruktif dalam membantu meredakan ketegangan di rantau berkenaan. 

Mutakhir ini, Menteri Luar Wang Yi sudah menghubungi pihak berkepentingan dan berkomunikasi dengan rakan sejawatnya dari negara-negara rantau melalui panggilan telefon, mengulangi desakan agar permusuhan dihentikan dan keamanan dipulihkan.