Pameran Antarabangsa China untuk Pelaburan dan Perdagangan (CIFIT) edisi ke-25 yang melibatkan seratus lebih acara yang diadakan di bandar Xiamen, provinsi Fujian China pada 8 hingga 11 September, telah menyaksikan penglibatan perwakilan dari lebih 120 buah negara dan wilayah.
Konsul Perdagangan dari Konsulat Jeneral Thailand di Xiamen memaklumkan, sebanyak 35 syrikat pengeksport negaranya dalam sektor makanan, minuman dan ubat-ubatan telah menyertai Pameran untuk julung kalinya, dengan harapan agar mendalami pasaran China yang berpotensi besar.
Ketua Majlis Amcham South China, Harley Seyedin memaklumkan, sebanyak 50 perusahaan anggotanya telah melibatkan diri dalam CIFIT edisi ini, dan kebanyakannya merupakan syarikat rentas sempadan dalam sektor pembuatan, ubat-ubatan dan penggunaan.
Selain itu, lebih 100 perusahaan dan institusi dari Britain, negara tetamu kehormat, menampil sebagai pempamer dalam pameran ini.
Seorang diplomat perdagangan Britain di China menyatakan, sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di peringkat dunia, China mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, mampu menyediakan peluang yang banyak dan menunjukkan potensi yang besar dalam bidang kewangan, perkhidmatan profesional, pembuatan canggih, sains nyawa dan sumber tenaga bersih.
Beliau berkeyakinan penuh tentang masa depan perusahaan Britain yang menembusi pasaran China.
Tinggalkan Balasan