Wang Yi Bertemu Canselor Jerman Merz

Canselor Jerman, Friedrich Merz menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi di Berlin pada Jumaat.

Wang berkata, Presiden China Xi Jinping dan Canselor Merz telah mengadakan perbualan menerusi telefon baru-baru ini, menyediakan panduan strategik dan jaminan politik untuk hubungan dua hala.

“China memuji sikap konstruktif dan semangat pragmatik kerajaan baharu Jerman untuk mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara.

“China bersedia meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Jerman, menggunakan pelbagai mekanisme mesyuarat dengan baik, untuk memajukan hubungan China-Jerman berkembang secara sihat dan mantap, kerana ia kondusif bagi kedua-dua negara khasnya, serta Eropah dan dunia amnya,” kata Wang.

Merz pula berkata, Jerman dan China telah menjalin hubungan baik, manakala kerjasama kedua-dua negara berjalan lancar dalam pelbagai sektor. 

“Jerman bersedia bersama-sama pihak China untuk mengangkat prinsip terbuka dan sama menang, mempromosikan perdagangan adil, serta berganding bahu untuk menghadapi krisis dan cabaran, kerana ia sejajar dengan kepentingan kedua-dua negara.

Sementara itu, Merz menekankan bahawa kerajaan baharu Jerman mempertahankan dasar satu China.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda