Wang Yi Bertemu Menteri Luar Jerman di Beijing

China dan Jerman perlu membina model interaksi positif yang lebih matang dan rangka dasar dua hala yang lebih stabil berdasarkan prinsip saling menghormati serta menerima perbezaan dari segi budaya dan sistem sosial.

Perkara itu dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jerman, Johann Walderful di Beijing pada Isnin.

Wang berharap Jerman terus mendorong Kesatuan Eropah (EU) kembali kepada dasar rasional dan pragmatik terhadap China, mengelak daripada mempolitikkan isu ekonomi dan memperalat isu perdagangan serta tidak mengaitkan kerjasama biasa dengan faktor keselamatan.

Sementara itu, Walderful berkata tatkala berdepan dunia yang tidak menentu, Jerman dan China perlu memikul tanggungjawab, memperkukuh komunikasi dan kerjasama serta menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai bagi satu sama lain.