Wang Yi Rumus Hasil Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Plus

Menteri Luar Wang Yi pada Sabtu memberi taklimat kepada media mengenai kerjasama China-ASEAN sempena menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN Plus di Kuala Lumpur.

Wang berkata kedua-dua pihak mengesahkan selesainya rundingan mengenai Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 serta bersetuju menyerahkan perjanjian berkenaan untuk diluluskan dan ditandatangani pada mesyuarat pemimpin yang dijadual berlangsung pada Oktober.

China dan ASEAN mencapai kesepakatan berhubung pelan tindakan perkongsian strategik komprehensif untuk lima tahun mendatang, dengan menetapkan matlamat kerjasama menyeluruh membabitkan lebih 40 bidang.

Kedua-dua pihak juga sepakat untuk memuktamadkan rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan menjelang 2026 dan memastikan CoC berkenaan efektif, substantif dan selaras undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS). 

Wang menegaskan hal itu akan memberi jaminan lebih kukuh kepada keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda