Wang Yi Terima Kunjungan Sergey Lavrov di Beijing

China dan Rusia komited memperkukuh hubungan strategik menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada persediaan menjelang Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin dan acara memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Dunia Kedua.

Perkara itu dicapai menerusi pertemuan Menteri Luar China, Wang Yi dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov di Beijing pada Ahad.

Dalam pertemuan tersebut Wang berkata, kedua-dua negara sentiasa melihat peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, sama ada dari sudut sejarah, strategik dan jangka panjang.

“Fokus kami adalah untuk bersama-sama membuat persiapan bagi pertukaran peringkat tinggi, memperdalam kerjasama strategik dan menangani cabaran global yang semakin kompleks”, kata Wang Yi.

Sementara itu Lavrov berkata Rusia bersedia bersama dengan China, memperdalam kerjasama pelbagai bidang, dan mendorong pencapaian hasil baharu hubungan bilateral. 

Sehubung itu, Rusia akan terus menyokong China sebagai pengerusi bergilir SCO, mengukuhkan interaksi dan penyelarasan dalam kerangka SCO, menjayakan Sidang Kemuncak Tianjin, di samping melindungi naratif sejarah Perang Dunia Kedua secara tepat.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai isu antarabangsa lain termasuk Semenanjung Korea, krisis Ukraine dan isu nuklear Iran.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda