SYDNEY, 20 Mac — Polis Australia telah mendakwa seorang warga Malaysia atas cubaan mengimport metamfetamin yang ditemukan tersembunyi di dalam bagasi di Lapangan Terbang Sydney, lapor Xinhua.
Polis Persekutuan Australia (AFP) dan Pasukan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat memaklumkan bahawa lelaki berusia 66 tahun itu telah diminta menjalani pemeriksaan bagasi sejurus tiba di Sydney melalui penerbangan dari Thailand pada Khamis.
Pemeriksaan sinar-X ke atas beg pakaian lelaki itu mengenal pasti kejanggalan dan pemeriksaan susulan menemukan 10 botol yang dilabelkan sebagai serbuk wangian, yang mengandungi 5 kilogram metamfetamin.
Lelaki warga Malaysia itu ditahan dan didakwa atas satu pertuduhan cuba mengimport kuantiti komersial dadah kawalan sempadan. Jika sabit kesalahan, dia berhadapan hukuman maksimum penjara seumur hidup.
AFP dan ABF berkata pihak pendakwaan akan berhujah di mahkamah bahawa lelaki itu memaklumkan kepada pegawai bahawa dia direkrut melalui media sosial untuk membawa beg pakaian itu dari Thailand ke Australia sebagai balasan bayaran.
Dua telefon bimbit turut dirampas oleh penyiasat untuk pemeriksaan forensik.













Tinggalkan Balasan