Pembinaan projek tenaga bersih berskala besar telah dimulakan di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China pada Isnin, menandakan langkah besar ke arah jana kuasa tenaga boleh diperbaharui yang mantap.
Terletak di kaunti Dangxiong pada ketinggian 4,550 meter dari paras laut, tapak ini menjadi loji haba suria yang tertinggi di dunia.
Setelah kompleks ini beroperasi sepenuhnya pada tahun 2027, ia dijangka dapat menjana kira-kira 719 juta kilowatt-jam tenaga elektrik setiap tahun.
Pada masa sama, projek ini juga akan mengurangkan pembakaran arang batu sekitar 216,900 tan setiap tahun, bersamaan pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak lebih 652,300 tan.
Selain itu, loji haba suria berkenaan juga akan menyediakan sokongan tenaga elektrik yang stabil dan bersih, sekali gus menyumbang kepada perlindungan alam sekitar serta pembangunan hijau di wilayah Xizang.












Tinggalkan Balasan