Xi Akan Lakukan Lawatan Negara Ke Rusia 7-10 Mei

BEIJING, 4 Mei — Presiden China Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara ke Rusia dari 7 hingga 10 Mei, lapor Xinhua.

Beliau juga akan menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 Kemenangan dalam Perang Patriotik Besar di Moscow, atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin, menurut jurucakap Kementerian Luar pada Ahad.