Presiden China Xi Jinping mengarahkan supaya segala usaha habis-habisan dilakukan untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat dalam menangani bencana banjir.
Baru-baru ini, hujan lebat berterusan melanda bahagian timur, utara dan timur laut China hingga menyebabkan berlakunya banjir dan bencana geologi di bandar Beijing serta provinsi Hebei, Jilin dan Shandong.
Xi menekankan perlunya operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan dan kerja pemindahan serta penempatan semula penduduk di kawasan bencana dilakukan dengan segera bagi meminimumkan mangsa yang terjejas.
Tinggalkan Balasan