Presiden China, Xi Jinping membalas sepucuk surat daripada veteran Perjuangan Pembebasan Zimbabwe pada Rabu.
Di dalam surat tersebut, Xi memaklumkan bahawa selama 70 tahun, China sentiasa menjadi rakan seperjuangan dan rakan pembangunan yang baik kepada Afrika, saling hormat menghormati dan menyokong, mengharungi tahun-tahun sukar bersama serta melangkah seiring menuju pemodenan.
Menurut Xi, China bersedia untuk memperkukuh persahabatan dengan Afrika dan bersama-sama mencipta masa depan yang lebih cerah bagi hubungan kedua-dua pihak.
Beliau turut berharap agar veteran tersebut dapat mendorong lebih ramai belia Afrika untuk menceburkan diri dalam usaha persahabatan China-Zimbabwe dan China-Afrika.
Untuk rekod, baru-baru ini sekumpulan veteran perjuangan pembebasan Zimbabwe menghantar surat kepada Presiden Xi dan menzahirkan penghargaan yang tulus ikhlas atas sokongan yang diberikan China kepada perjuangan pembebasan Zimbabwe, di samping menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha persahabatan antara kedua-dua negara.












Tinggalkan Balasan