Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping sempat memberi penghormatan kepada wira-wira yang gugur dalam perang menentang pencerobohan Jepun, ketika dalam lawatan kerja ke bandar Yangquan di provinsi Shanxi pada Isnin.
Dalam lawatan tersebut, Xi mengunjungi Dataran Tugu Peringatan Pertempuran Seratus Rejimen dan meletakkan bakul bunga sebagai penghormatan kepada para pahlawan.
Beliau kemudiannya melawat Dewan Memorial Pertempuran Seratus Rejimen dan menelusuri sejarah perjuangan rakyat dan tentera China di bawah pimpinan PKC dalam menentang pencerobohan Jepun.
Tinggalkan Balasan