Presiden China, Xi Jinping mengeluarkan arahan mengenai pembangunan sektor perkhidmatan, baru-baru ini.
Beliau menegaskan bahawa pada era baharu, konsep pembangunan baharu perlu dilaksanakan secara menyeluruh, di samping mempergiat usaha memperluaskan kapasiti serta meningkatkan kualiti sektor perkhidmatan secara mendalam.
Usaha berkenaan termasuk mendorong sektor perkhidmatan pengeluaran ke arah kepakaran dan melanjutkan ke tahap tinggi rantaian nilai.
Tambah Xi, pembangunan sektor perkhidmatan berteraskan pengguna perlu dipacu ke arah kualiti yang lebih tinggi, pelbagai bentuk dan lebih memudahkan.
Pada masa yang sama, usaha perlu dipergiat dalam mewujudkan lebih banyak jenama “Perkhidmatan China”, sekali gus membuka lembaran baharu dalam pembangunan sektor perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
Menurut maklumat berkenaan, sidang kebangsaan mengenai sektor perkhidmatan telah berlangsung di Beijing selama dua hari, bermula pada Selasa.
Arahan Presiden Xi tersebut turut dimaklum dan dibentangkan dalam sidang berkenaan.













Tinggalkan Balasan