Xi Galak Ahli Sinologi Muda Jadi Penghubung Antara China dengan Dunia

Presiden China, Xi Jinping menggalakkan para ahli sinologi muda untuk menjadi utusan bagi memupuk pemahaman bersama antara tamadun China dan dunia.

Beliau menyampaikan pandangan ini dalam surat balasan kepada 61 ahli sinologi muda dari 51 buah negara yang akan menghadiri Persidangan Bahasa China Sedunia 2025 yang akan berlangsung di Beijing pada 14 hingga 16 November.

Dalam surat tersebut, beliau menyatakan kegembiraannya melihat para ahli sinologi muda bukan sahaja berminat dan mencintai bahasa dan budaya China, malah aktif memajukan pengajian sinologi serta pembelajaran bersama antara tamadun.  

Xi menekankan bahawa sinologi merupakan warisan bersama masyarakat di seluruh dunia, justeru beliau menggalakkan ahli sinologi muda supaya terus memaparkan sisi sebenar negara China dari pelbagai dimensi kepada dunia, sambil menyumbangkan kebijaksanaan dan tenaga mereka untuk mewujudkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.