Xi Jinping Mahu Anggota PKC Tambah Baik Mutu Kerja dan Tata Laku Kendiri

Presiden China, Xi Jinping menegaskan perlunya usaha untuk memajukan tadbir urus Parti secara menyeluruh dan ketat menerusi penambahbaikan mutu kerja dan tata laku yang baik.

Perkara itu disuarakan Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) pada sesi pembelajaran kolektif ke-21 Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC pada Isnin.

Mengulas lanjut beliau berkata wawasan pemodenan China yang dipikul Parti adalah berat, ditambah persekitaran pentadbiran negara yang rumit. 

Justeru, semua jabatan dan anggota parti wajib memikul tanggungjawab untuk melaksanakan revolusi kendiri, tidak kira di peringkat mana atau bidang kerja apa sekalipun.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda