Xi Mahu Perusahaan Milik Negara Pusat Buat Lebih Banyak Sumbangan demi Modenisasi Ala China

Presiden China, Xi Jinping mahu perusahaan-perusahaan milik negara di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat supaya berkhidmat lebih baik untuk kerja umum negara dan membuat sumbangan lebih besar demi pembangunan modenisasi ala China.

Arahan Xi tersebut disampaikan pada sidang ketua-ketua perusahaan milik negara pusat yang diadakan di Beijing pada Isnin hingga Selasa.

Xi menyatakan, sejak Kongres ke-18 Parti Komunis China (PKC) diadakan, perusahaan milik negara pusat secara proaktif melaksanakan dasar dan keputusan Jawatankuasa Pusat Parti, berkhidmat untuk strategi negara, serta memainkan peranan utama dalam memacu pembangunan sosioekonomi negara.

Beliau menekankan bahawa perusahaan milik negara pusat perlu menyedari sepenuhnya tanggungjawab dan misi yang digalas mereka, berkhidmat lebih baik untuk kerja Parti dan negara, menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi berkualiti tinggi, dan memainkan peranan lebih besar dalam menambah baik kehidupan rakyat, selain memikul tanggungjawab sosial mereka demi memberikan lebih banyak sumbangan bagi pembangunan modenisasi ala China.