Xi Mahu Projek Utama Koridor Ekonomi China-Myanmar Dipergiat

Usaha hendaklah dilakukan untuk memperdalam kerjasama strategik dan mempergiatkan pembinaan projek utama Koridor Ekonomi China-Myanmar.

Seruan itu dibuat oleh Presiden China Xi Jinping ketika bertemu dengan pemimpin Myanmar Min Aung Hlaing di Moscow pada Jumaat.

Xi berkata China menyokong Myanmar menempuh jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negaranya serta menggerakkan agenda politik domestik dengan stabil dan baik.

Beliau berharap Myanmar dapat mengambil langkah berkesan untuk menjamin keselamatan kakitangan, institusi dan projek China di negara itu, di samping memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan termasuk judi dalam talian dan penipuan telekomunikasi.

Sementara itu, Min Aung Hlaing menyatakan Myanmar komited memperkasa kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, sumber tenaga dan sebagainya.

Beliau berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk menjamin keselamatan projek dan warga China di Myanmar.