Presiden China, Xi Jinping mahu usaha habis-habisan dilakukan untuk menyelamatkan dan merawat mangsa cedera dalam kebakaran yang berlaku di sebuah restoran di bandar Liaoyang, provinsi Liaoning pada Selasa.
Kebakaran itu berlaku pada pukul 12.15 tengah hari Selasa. Sehingga pukul 2.00 petang, kemalangan itu telah mengakibatkan 22 orang terbunuh, dan tiga lagi cedera.
Selepas kejadian itu dilaporkan, Presiden Xi mengarahkan agar usaha sedaya upaya perlu dilakukan untuk menyelamatkan mangsa.
Selain itu, beliau menyampaikan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa, serta mengingatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada insiden itu.
Xi turut mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran, memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Beliau juga menegaskan bahawa menjelang ketibaan percutian sempena Hari Pekerja, pihak-pihak berkuasa berkaitan hendaklah mengutamakan keselamatan, menambah baik pelan tindak balas kecemasan, membuat penilaian risiko, untuk mencegah kemalangan daripada berlaku, memelihara keselamatan nyawa dan harga benda rakyat, serta ketenteraman masyarakat.
Kini, kerajaan pusat telah menghantar kumpulan kerja khas ke tempat kejadian untuk memimpin kerja penyelamatan.
Tinggalkan Balasan