Xi Sampaikan Sijil Perintah Naikkan Dua Pegawai Tentera ke Pangkat Jeneral

Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping pada Isnin menyampaikan sijil perintah untuk menaikkan dua pegawai Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) ke pangkat jeneral.

Kedua-dua pegawai itu ialah Panglima Komando Medan Timur PLA, Yang Zhibin, dan Panglima Komando Medan Tengah PLA, Han Shengyan.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Zhang Youxia membaca perintah yang ditandatangai oleh Pengerusi Xi dalam majlis yang diadakan di Beijing.

Xi Jinping turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua general tersebut.