Data mempunyai kegunaan yang semakin ketara sebagai sumber asas dan enjin yang inovatif dalam landskap kecerdasan buatan (AI) global pada masa ini. China mampu mengamalkan konsep “perbincangan bersama, pembangunan bersama dan berkongsi”, dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi digital ke arah yang sihat di peringkat dunia.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan tahniah sempena penubuhan Pertubuhan Data Dunia (WDO) di sini pada Isnin.
Xi menunjukkan bahawa WDO yang beraspirasikan “merapatkan jurang data, membuka nilai data dan memakmurkan ekonomi digital,” menyediakan platform yang bermanfaat untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang data dan menambah baik tadbir urus data dalam senario global.
“China menyokong WDO dalam memainkan peranannya, dan bersedia bersama dengan semua pihak berganding bahu untuk membina konsensus tentang peraturan tadbir urus data, memacu inovasi teknologi pintar, mendorong aliran yang selamat dan teratur serta pembangunan dan penggunaan yang cekap dalam bidang data demi kesejahteraan rakyat pelbagai negara,” ujar Xi.
Upacara penubuhan WDO yang bertemakan “Membina Platform Kerjasama Data, Menikmati Peluang Pembangunan Digital” telah diadakan di Beijing pada hari yang sama. Ahli-ahli pertubuhan tersebut merangkumi perusahaan berkaitan data global, institusi pengajian tinggi, kumpulan pemikir, organisasi antarabangsa dan institusi kewangan.













Tinggalkan Balasan