Presiden China Xi Jinping menyeru supaya provinsi Jiangsu terus mengetengahkan diri di barisan hadapan dalam pembangunan kuasa produktif kualiti baharu.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) membuat kenyataan itu semasa menyertai sesi perbincangan bersama wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari provinsi Jiangsu sempena sidang ke-4 NPC ke-14 di Beijing, pada Khamis.
Beliau menyatakan bahawa pembangunan kuasa produktif kualiti baharu amat penting bagi mendorong pembangunan berkualiti tinggi dan meningkatkan daya saing ekonomi.
Jiangsu yang mempunyai asas baik harus terus melakar kemajuan dalam usaha berkenaan, katanya.
Xi berkata Jiangsu perlu mengintegrasikan diri ke dalam pasaran domestik yang bersatu secara menyeluruh sambil memperluas keterbukaan bertaraf tinggi dan terus meneroka pasaran global.
Beliau juga mahu provinsi itu mengambil inisiatif untuk menangani pelbagai tugasan antaranya mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti tinggi, meningkatkan pendapatan penduduk bandar dan luar bandar serta menambah baik perkhidmatan awam asas dan jaminan sosial, sebagai usaha ke arah merealisasikan kemakmuran bersama seluruh masyarakat.













Tinggalkan Balasan